Gout adalah sejenis penyakit yang dicirikan dengan kesakitan dan pembengkakan sendi yang berulang, khasnya berlaku di kalangan kaum lelaki muda atau pertengahan tahun. Ia biasanya bermula dengan satu sendi pada satu masa dan lazimnya sendi pada tapak ibu jari kaki. Paras asid urik dalam darah adalah tinggi dalam gout. Hal ini merupakan akibat daripada ketidakupayaan kimia badan mengendalikan purin, iaitu satu sebatian nitrogen yang penting untuk tenaga. Purin boleh terbahagi kepada endogenus (disintesis dalam nukleus sel badan manusia) atau eksogenus (diperolehi dari makanan). Titik akhir metabolisme purin ialah asid urik yang dihasilkan dalam hati. Kebanyakan asid urik dikumuhkan oleh ginjal melalui air kencing manakala sebahagian pula disingkirkan melalui usus. Proses-proses tersebut mengekalkan paras asid urik dalam lingkungan yang normal. Namun begitu, dalam keadaan tertentu, badan menghasilkan terlalu banyak atau menyingkirkan terlalu sedikit asid urik dan seterusnya mengakibatkan paras asid urik yang tinggi dalam darah. Dalam gout, hablur natrium urate termendak pada dan di sekeliling sendi serta tisu lembut dan menyebabkan kesakitan serta keradangan. Hablur-hablur ini juga boleh berkumpul dalam ginjal dan mengakibatkan batu karang urate malah kerosakan ginjal.
Penyebab - Penyebab
1. #Peningkatan penghasilan asid urik.
Ini mungkin disebabkan oleh:
-Faktor keturunan tertentu yang mengakibatkan penghasilan purin yang lebih
banyak
-Sesetengah penyakit darah yang melibatkan peningkatan pemecahan sel,
sesetengah penyakit kulit yang teruk dan sebagainya
banyak
-Sesetengah penyakit darah yang melibatkan peningkatan pemecahan sel,
sesetengah penyakit kulit yang teruk dan sebagainya
2. # Pengurangan penyingkiran asid urik.
Ini mungkin disebabkan oleh:
- Penyakit ginjal yang berterusan.
- Sesetengah ubat yang diambil, misalnya diuretik.
- Pengurangan penyingkiran air dari badan dalam sesetengah penyakit,
contohnya tekanan darah tinggi, kebuluran.
- Sesetengah ubat yang diambil, misalnya diuretik.
- Pengurangan penyingkiran air dari badan dalam sesetengah penyakit,
contohnya tekanan darah tinggi, kebuluran.
Satu serangan akut bermula apabila terdapatnya peningkatan paras asid urik secara mendadak dalam darah. Apabila darah diuji, asid urik dalam darah didapati melebihi 420 milimol setiap liter (7mg setiap 100ml). Satu serangan akut boleh dicetuskan oleh berbagai-bagai faktor, misalnya pengambilan purin yang tinggi dalam diet, penggunaan alkohol yang berlebihan, tekanan, jangkitan, kecederaan sendi dan sesetengah jenis rawatan. - Serangan adalah secara mendadak dengan kesakitan, kemerahan dan pembengkakan yang teruk, biasanya pada tapak ibu jari kaki. Tapak jangkitan lain yang kerap dipengaruhi termasuklah sendi kaki, pergelangan kaki, lutut, pergelangan tangan dan jari. Jika tidak dirawat, serangan boleh berterusan selama beberapa hari atau minggu dan berhenti secara spontan. Serangan boleh berlaku semula secara bulanan atau tahunan. - Kemungkinan terjadinya loya, perut kembung dan kesakitan abdomen secara samar- samar. - Pengumuhan air kencing yang lebih banyak dan kerap. - Demam yang ringan mungkin terjadi. Dalam kes yang kronik, hablur mononatrium urate termendak pada sendi , di sekeliling sendi, rawan telinga serta ginjal dan menyebabkan kerosakan yang berkekalan. - Pemendakan pada rawan telinga boleh menyebabkan pembengkakan yang keras yang dikenali sebagai ‘tophi’. - Pada sendi, kemusnahan rawan dan hakisan tulang boleh menyebabkan kesakitan, kekakuan serta kecacatan sendi. - Kerosakan ginjal yang berterusan boleh menyebabkan pembentukan batu karang ginjal dan kegagalan ginjal. Ubat Untuk Serangan Akut -Ubat anti-inflamatori bukan steroid Ubat-ubat ini kerap digunakan untuk merawat serangan akut, misalnya diclofenac, indomethacin dan ketoprofen. Ubat-ubat ini diberi untuk melegakan pembengkakan dan kesakitan. (Catatan: Aspirin harus dielakkan kerana ia mengurangkan penyingkiran asid urik dari ginjal). - Colchicine Ubat ini adalah berkesan untuk rawatan gout akut. Bagi pesakit yang mempunyai gout kronik yang kerap mengalami serangan, perubahan sendi atau paras asid urik yang tinggi, rawatan untuk jangka masa yang panjang diperlukan. - Corticosteroids Ubat ini hanya digunakan apabila pesakit tidak dapat bertoleransi dengan ubat anti-inflamatori bukan steroid. Ubat ini hanya digunakan untuk tempoh yang pendek. Ubat Untuk Rawatan Jangka Masa Yang Panjang Ubat-ubat ini dicadangkan apabila pesakit mempunyai beberapa serangan gout akut atau apabila hiperurisemia adalah disebabkan oleh defisiensi sesetengah metabolik semulajadi. -Ubat uricosuric, contohnya probenecid dan sulphinpyrazone Ubat-ubat ini meningkatkan penyingkiran asid urik dalam air kencing dengan menghalang penyerapan semula asid urik dalam ginjal. -Penyekat xanthine-oksidase, contohnya allopurinol-penyekat enzim Allopurinol ialah ubat pilihan bagi pesakit tua dan pesakit yang mempunyai sejarah gangguan ginjal dan gout tophaceous. Ia menhalang pembentukan asid urik. Kedua-dua ubat tersebut tidak harus dimulakan ketika serangan akut tetapi beberapa minggu selepas serangan akut. Setelah dimulakan, ia harus diteruskan untuk mencegah serangan yang seterusnya. - Kurangkan pengambilan protein dalam diet, misalnya kekacang, bijiran dan daging merah. - Makan makanan yang kurang mengandungi purin, misalnya daging organ (hati, ginjal, otak, jantung, pankreas), ekstrak daging, angsa, itik, ayam belanda, telur ikan, sardin dan ikan hering. - Kurang minum bir, teh dan kopi. - Hadkan pengambilan lemak, khasnya golongan yang obes. - Minum air yang banyak (8 gelas sehari) untuk membersihkan ginjal. - Jangan mengamalkan diet pengurangan berat badan secara mendadak. Kekalkan berat badan yang sihat. - Kaum lelaki- kaum lelaki merangkumi lebih daripada 90% pesakit gout. - Sejarah keluarga- 10-20% pesakit mempunyai sejarah keluarga gout. - Obesiti (kegemukan) - Hipertensi (tekanan darah tinggi) - Penggunaan alkohol - Prevalen adalah lebih tinggi dalam komuniti bandar berbanding dengan luar bandar. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan