Selasa, 3 Mei 2011

Insomnia

Apa itu insomnia?
Insomnia ini susah nak tidur. Ada orang cepat tidur tapi cepat pula bangun, natijahnya badan lemah longlai,aduhai. Jadi, sini ada beberapa tips untuk hilangkan insomnia, insyaAllah.


 Sleep tip #1
Kemaskan tempat tidur dengan baik. Biar jadi, nampak katil jer terus mengantuk.Pastikan tilam sesuai agar tidak sakit pinggang nanti. Kepada sesiapa yang minat bantal peluk tu silakanlah. Yang penting, cuci dan tidak berbau.
Sleep tip #2
Guna katil hanya untuk tidur sahaja, tidak lupa untuk aktiviti bagi yang dah berumah tangga. Jangan jadikan tempat tidur sebagai tempat segala-galanya,makan,minum,tengok TV,ulangkaji pelajaran dan sebagainya.
Sleep tip #3
Jika susah sangat nak tidur kat katil yang sama, cuba tidur tempat lain pulak, kat  katil member,surau, ataupun tempat2 lain yang sesuai. Ubah mentaliti, bagitahu otak yang tidak mahu insomnia lagi.
Sleep tip #4
Cuba perbaiki masa tidur-bangun kita. Bangun pada masa yang sama setiap pagi dan tidur pun pada waktu yang sama. Latihan ini akan menyebabkan hormon tertentu akan dihasilkan oleh tubuh badan kita secara konsisten dan menjadi biological clock dalam diri kita. Cara paling bagus,cuba latih bangun pagi pada hujung minggu.Lawan nafsu, lawan setan!
Sleep tip #5
Elakkan tidur pada waktu siang hari melainkan terlalu penat.
Sleep tip #6
Elak atau kurangkan ambil minuman kaffein. Sebagai contoh, coklat dan kopi.


Sleep tip #7
Jangan minum alkohol dan hisap rokok. Malah, menda ni HARAM.
Sleep tip #8
Tiap-tiap petang tu exercise lah cket. Jangan exercise malam pulak.
Sleep tip #9
Jangan makan berat waktu malam ataupun sebelum tidur.
Sleep tip #10
Rehatkan minda dengan membaca buku , dengar lagu yang 'soft',tengok cerita sebelum tidur. Aktiviti-aktiviti seperti ini boleh membuat senang mengantuk. Jika tidak percaya, pergi sendiri kat perpustakaan dan tengok.
 Mudah-mudahan, .......(mengantuk lah sudah).....*GOOD NITE*

Tiada ulasan:

Catat Ulasan