Khamis, 23 Jun 2011

Makan Ketika Lapar,Berhenti Sebelum Kenyang


Seorang tabib dihantar oleh penguasa Mesir ke Madinah sebagai menunjukkan tanda persahabatan. Sepanjang dua tahun tabib itu berada di sana, tidak ada seorangpun yang datang untuk mendapatkan rawatan perubatan. Tabib menjadi hairan dan bosan kerana tidak dapat memberikan perkhidmatan apa-apa kepada penduduk Madinah.
Tabib itu berjumpa Nabi Muhammad saw untuk mendapatkan kepastian. Dia bertanya kepada Nabi, "Adakah penduduk sini takut untuk berjumpa tabib?" Nabi menjawab "Tidak! Dengan musuh mereka tidak takut, apatah lagi dengan tabib." Tabib bertanya lagi, "Tapi mengapa sepanjang 2 tahun saya di sini, seorang pun tidak berubat dengan saya?" Nabi menjelaskan "Sebab penduduk Madinah tidak ada yang sakit." Tabib itu kurang mempercayai Nabi dan berkata, "Masakan tidak ada satu orang pun yang sakit." Melihat keraguan tabib itu, Nabi mempersilakan tabib itu menjelajah ke merata pelusuk Madinah untuk membuktikan kebenaran kata-katanya.

Tabib itu beredar dan menjelajah ke pelusuk Madinah. Puas dia mencari pesakit tetapi tidak menjumpai walau seorangpun. Terbuktilah kepadanya kebenaran kata-kata Nabi itu.

Didorong oleh perasaan ingin tahu dan kekagumannya, tabib itu sekali lagi berjumpa Nabi saw. lalu berkata, "Benar seperti kata-kata baginda. Apakah petua sehingga semua penduduk Madinah sihat-sihat belaka?" Nabi menerangkan, "Kami adalah satu kaum yang tidak akan makan jika tidak lapar. Dan jika kami makan, kami tidak makan sehingga terlalu kenyang. Itulah petua untuk kesihatan. Yakinilah makanan yang halal dan baik. Makanlah untuk bertaqwa kepada Allah bukan sekadar memuaskan hawa nafsu."



MORAL & IKTIBAR
Petua untuk sihat: Makan ketika lapar. Berhenti sebelum kenyang
Agama Islam suatu agama yang syumul; ia mencakupi bidang jasmani dan rohani
Semua kata-kata Nabi adalah BENAR belaka; tidak boleh mempertikannya.
Berpegang kepada ajaran Nabi membawa keselamatan bukan saja di akhirat malahan di dunia juga.
Bertawakkal kepada Allah menjauhkan diri dari menyerahkan nasib kepada selain Allah
Menyendatkan perut dengan pelbagai makanan yang banyak menyebabkan kesihatan terganggu dan mengurangkan kecerdasan otak dan jiwa.
Sebaliknya mengosongkan perut dengan amalan puasa boleh melahirkan ketajaman otak dan kejernihan jiwa.
Para Nabi dan orang-orang soleh memilih lapar di dunia supaya kenyang di akhirat.

Rabu, 15 Jun 2011

Ciri-ciri Hati yang Sihat


1) Jika ia tertinggal wiridnya dari Al-Quran atau zikrullah, atau suatu peribadatan lainnya, maka ia merasakan sakit yang tiada terperi melebihi sakit orang yang tamak dan kikir ketika kehilangan barang kesayangannya.

2) Ia sentiasa merindui untuk mengabdikan diri di jalan Allah seperti rindunya seseorang kepada orang yang amat disayangi.

3) Tujuan hidupnya hanya satu, iaitu taat kepada Allah SWT

4) Bila ia sedang melakukan solat, maka hilanglah semua kegundahannya pada kenikmatan dunia yang sementara. Di dalam solat telah ia temukan kenikmatan dan kesejukan jiwa yang suci.

5) Sangat menghargai waktu dan tidak mensia-siakannya, melebihi rasa kekhuatiran orang bakhil menjaga hartanya.

6) Tidak pernah terputus dan malas dalam mengingati Allah.

7) Lebih mengutamakan pada pencapaian kualiti atas suatu amalan perbuatan daripada kuantitinya. Lebih cenderung kepada keikhlasan beribadat.

Empat jenis racun hati

1) Berlebihan dalam berbicara

2) Berlebihan dalam memandang

3) Berlebihan dalam makan

4) Berlebihan dalam bergaul

Jumaat, 10 Jun 2011

Khasiat Buah-buahan


  • Anggur/kismis Mengurangkan risiko kanser; strok; penyakit jantung dan hilang ingatan; antipenuaan; antioksidan; antiradang; kesihatan kulit; mata; kardiovaskular; kesihatan gastrik; kesihatan saluran kencing dan penyakit gusi.




  • Buah oren Kesihatan jantung; penglihatan; pelalian dan mengurangkan risiko penyakit kanser. Pada masa sama, buah sitrus ini turut memiliki kelebihan sebagai antioksidan; membantu perkembangan otak janin dan mengawal tekanan darah.




  • Buah Epal Pengambilannya yang kerap dikatakan dapat mencegah dementia atau nyanyuk; mencegah kenaikan berat badan; menurunkan kolesterol; menentang kanser dan antioksidan.




  • Buah pear Bersifat antioksidan; menjaga kesihatan kardiovaskular; antiradang; menjaga kesihatan jantung; menyembuhkan luka dan lebam; membaiki tisu; menjaga kesihatan penglihatan; menentang jangkitan; menyokong transmisi saraf dan melawaskan perut.





  • Pisang kaki Menjaga kesihatan penglihatan, melegakan sembelit, cirit-birit, hemoroid (buasir) dan antioksidan.




  • Mangga Anti kanser; menjaga kesihatan penglihatan; membantu penghadaman; menjaga kesihatan kulit; membantu membaiki kesihatan seksual; menambah berat badan; menguatkan daya ingatan; berfaedah untuk anemia (kurang darah) dan mencegah selaran panas.





  • Kiwi Buah yang kaya dengan vitamin C dan berasal dari New Zealand ini membantu mengatasi insomnia (sukar tidur); mencairkan darah untuk kesihatan kardiovaskular (menurunkan kolesterol dan trigliserida); membantu membaiki pernafasan kanak-kanak (pendek nafas dan batuk malam); mencegah kerosakan kulit yang menyebabkan kanser kulit; menjaga kesihatan penglihatan; kesihatan kolon dan kesihatan prostat.





  • Pisang Bagi mereka yang mudah stres atau alami tekanan, buah pisang boleh menjadi pilihan. Ini disebabkan ia kaya khasiat antikemurungan (membantu membaiki mood dan tidur); antioksidan; mengawal tekanan darah; meningkatkan daya tumpuan dan menguatkan ingatan; meningkatkan tenaga; menjaga kesihatan jantung; mengurangkan risiko kanser; menentang ulser peptik; melegakan cirit-birit dan sembelit.




  • Hidup Sihat Gaya Rasulullah S.A.W.

    Mahukah kita sihat ala RASULULLAH s.a.w. ?

    Rasulullah s.a.w. bersabda :
    " Mu'min yang kuat adalah lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada mu'min yang lemah ... "
    (HR Muslim)

    Bagaimana agar sentiasa sihat seperti Rasulullah s.a.w. ? Ikuti resepi berikut :

    SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH
    Rasulullah s.a.w. selalu mengajak umatnya untuk bangun sebelum subuh, melaksanakan solat sunah dan solat fardhu, solat Subuh berjemaah. Hal ini memberi hikmah yang mendalam antara lain :
    - Berlimpah pahala dari Allah s.w.t.
    - Kesegaran udara subuh yang bagus untuk kesihatan / terapi penyakit TB
    - Memperkuat fikiran dan menyihatkan perasaan

    AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN
    Rasulullah s.a.w. sentiasa rapi & bersih, tiap hari Khamis atau Jumaat beliau mencuci rambut-rambut halus di pipi, selalu memotong kuku, bersisir dan berminyak wangi.
    " Mandi pada hari Jumaat adalah wajib bagi setiap orang-orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan memakai harum-haruman "
    (HR Muslim)

    TIDAK PERNAH BANYAK MAKAN
    Sabda Rasulullah s.a.w. :
    " Kami adalah sebuah kaum yang tidak makan sebelum lapar dan bila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan) "
    (Muttafaq Alaih)
    Dalam tubuh manusia ada 3 ruang untuk 3 benda : Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan. Bahkan ada satu tarbiyyah khusus bagi umat Islam dengan adanya puasa Ramadhan untuk menyeimbangkan kesihatan.

    GEMAR BERJALAN KAKI
    Rasulullah s.a.w. selalu berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad, mengunjungi rumah sahabat, dan sebagainya. Dengan berjalan kaki, keringat akan mengalir, pori-pori terbuka dan peredaran darah akan berjalan lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung.

    TIDAK PEMARAH
    Nasihat Rasulullah s.a.w. : "Jangan marah" diulangi sampai 3 kali. Ini menunujukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasadiyah belaka, tetapi lebih jauh iaitu berlandaskan kebersihan dan kesihatan jiwa. Ada terapi yang tepat untuk menahan marah :
    - Mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka duduk, dan bila duduk maka berbaring
    - Membaca Ta 'awwudz, kerana marah itu dari Syaitan
    - Segeralah berwudhu'
    - Solat 2 Rakaat untuk meraih ketenangan dan menghilangkan kegundahan hati

    OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA
    Sikap optimis akan memberikan kesan psikologi yang mendalam bagi kelapangan jiwa sehingga tetap sabar, istiqomah dan bekerja keras, serta tawakal kepada Allah s.w.t.

    TAK PERNAH IRI HATI
    Untuk menjaga kestabilan hati serta kesihatan jiwa & fikiran, maka menjauhi iri hati merupakan tindakan pencegahan yang sangat tepat.

    Rabu, 8 Jun 2011

    Rajab



    BULAN RAJAB

    Rajab artinya Agung, merujuk pada bulan ke-tujuh dalam kalendar Islam. Selain itu, ada juga yang mengartikan perkataan Rajab (terdiri dari huruf Ra, Ja dan Ba) merupakan singkatan dari Rasulullah, Jibril dan Buroq, merujuk pada sebuah kisah menakjubkan yang dialami Rasulullah di bulan ini. Kisah itu tidak lain adalah Isra Mi’raj yang tepat terjadi pada tanggal 27 Rajab. Yang jelas, bulan Rajab merupakan salah satu daripada empat bulan mulia (Syahrul Hurum), disamping Muharram, Dzul qa’dah dan Dzulhijjah.


    Nabi s.a.w. bersabda; "Siapa yang mengunjungi orang sakit, maka dia sentiasa berada dalam
    sebuah taman syurga penuh dengan buah-buahan yang daripada dipetik sampai dia kembali." -
    Riwayat Tirmidzi"

    Kisah menarik tentang bulan Rajab
    Dalam kitab Zubdatul Wa’idhin yang dikutip dalam Durratun Nashihin ada sebuah kisah menarik tentang bulan Rajab. Dalam kitab tersebut, diceritakan bahwa ada seorang wanita di Baitul Maqdis yang taat beribadah kepada Allah Swt. Bila bulan Rajab tiba, dia sambut dengan membaca surat Al Ikhlash 10 kali,lalu mengganti pakaian kebesarannya dengan pakaian biasa.
    Tiba-tiba pada suatu hari di bulan Rajab, ia jatuh sakit dan berpesan kepada anaknya, jika dirinya meninggal dunia nanti, supaya dimakamkan hanya dengan pakaian (kain kafan) biasa untuk untuk menghormati bulan Rajab ini. Ternyata, wanita tersebut akhirnya meninggal dunia. Sesudah ia meninggal, anaknya merasa malu kepada khalayak umum jika harus memakaikan pakaian (kain kafan) biasa kepada ibunya. Ia pun memakaikan kain kafan yang bagus dan mahal harganya kepada sang ibu. Pada suatu malam ia bermimpi bertemu dengan ibunya. Ibunya berkata kepada anak tersebut: “Hai anakku, kenapa engkau abaikan pesanku? Sungguh aku tidak rela kepadamu”. Alkisah, bangunlah sang anak diliputi rasa terkejut dan takut. Pada pagi harinya ia menggali makam ibunya. Namun ternyata jasad ibunya telah tiada. Maka cemaslah anak tersebut sambil menangis. Di tengah-tengah tangisannya terdengarlah suara yang memanggilnya: “Ketahuilah bahwasanya barangsiapa yang memuliakan bulan-Ku (Rajab), maka Aku tidak akan membiarkan dirinya kesepian di dalam kubur”.
    Dalam kitab yang sama, ada juga kisah yang tak kalah menariknya. Dari Tsauban katanya: Adalah kami pernah bersama Rasulullah melewati suatu kuburan, lalu beliau menangis dan berdoa. Ketika ditanyakan hal ini kepada beliau, jawabnya: “Ya Tsauban, mereka yang berada di dalam kubur sedang menderita karena siksaan, lalu aku berdoa dan Allah meringankan siksa mereka”. Kemudian sabdanya: “Ya Tsauban, seandainya mereka berpuasa sehari di bulan Rajab, dan tiada tidur di malam harinya, pasti mereka tidak akan menderita siksa kubur”. Lalu aku pun bertanya: “Ya Rasul, benarkah berbuat demikian dapat meringankan siksa kubur?”. Jawabnya: “Ya Tsauban, demi Allah yang mengutusku menjadi Nabi, tiada seorang muslim pria ataupun wanita puasa sehari di bulan Rajab dan beribadah di malam harinya secara ikhlas karena Allah, kecuali Allah akan mencatatnya seperti ibadah satu tahun, puasa di siang hari dan beribadah/shalat dimalam harinya”.
    Subhanallah, kisah-kisah ini sungguh menakjubkan. Semoga kita dapat mengambil mutiara-mutiara hikmahnya.

    Keistimewaan Bulan Rejab
    Apabila kita meneliti kepelbagaian sumber yang ada di tangan ulama, didapati Rejab ada keistimewaannya tersendiri. Tidak hairanlah inti sari (matan) hadis “Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadan bulan umatku..” disokong oleh ulama muktabar.
    Antaranya, Imam Hibbatullah bin Mubarak, yang meriwayatkan keistimewaan Rejab berdasarkan sanadnya yang jelas sebagaimana yang direkodkan oleh Syeikh Abd Qader al-Jaylani dalam al-Ghunyah.
    Oleh itu, amat baik jika diperhatikan siapa beliau dan bagaimana kualiti sanad yang diriwayatkannya.
    Tambahan pula, matan hadis terbabit tidak bertentangan dengan nas al-Quran. Sebaliknya selari dengan perisytiharan Allah S.W.T pada surah al-Taubah ayat 36 mengenai empat bulan haram yang dimaksudkan: Rejab, Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharam.
    Imam al-Qurtubi dalam tafsirnya menyifatkan Nabi s.a.w menegaskan Rejab adalah bulan Allah, iaitu bulan ahlullah. Dikatakan penduduk (mukmin) Tanah Haram itu ahlullah kerana Allah yang memelihara dan memberi kekuatan kepada mereka.
    Imam al-Thabrani meriwayatkan daripada Anas bin Malik, apabila tibanya bulan Rejab, Baginda mendoakan: “Ya Allah, berkatilah hidup kami di bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikan (hayat) kami kepada bulan Ramadan.”
    Imam al-Thabrani meriwayatkan daripada Abu Hurairah, Nabi s.a.w tidak menyempurnakan puasa sebulan selepas berlalunya Ramadan kecuali pada Rejab dan Syaaban.
    Al-Hafiz al-Haitsami dalam Majma’ al-Zawa’id turut meriwayatkan mengenai kelebihan Rejab. Walaupun dengan sanad daif, ia sudah memadai untuk menepati spesifikasi kelebihan beramal dan meningkatkan hemah diri.
    Hal ini jelas sebagaimana diakui fuqaha dan ahli hadis menerusi kenyataan Imam al-Nawawi dalam kitab al-Arba’ien.
    Lebih kukuh, Imam Muslim meriwayatkan daripada Uthman bin Hakim al-Ansari, beliau (Uthman) pernah menanyakan Said bin Jubayr mengenai puasa Rejab (pada bulan Rejab).
    Said menjawab: “Aku mendengar Ibn Abbas mengatakan: “Rasulullah s.a.w berpuasa Rejab sehingga kami menyangka Baginda tidak berbuka (terus-menerus berpuasa) dan Baginda berbuka sehingga tidak nampak berpuasa.” (Sahih Muslim)
    Imam al-Nawawi mengatakan: “Apa yang zahir daripada ucapan Sa’id bin Jubayr itu menjadi bukti tiada tegahan untuk berpuasa padanya (Rejab) kerana bulan berkenaan. Bahkan kedudukannya sama mengikut baki bulan Islam yang lain.
    Tidak ada larangan untuk melakukan ibadat puasa di bulan Rejab, tidak pula disunatkan kerana bulannya. Tetapi apa yang disunatkan ialah kerana kesunahan puasa terbabit.
    Imam Abu Thayyib al-Azhim juga mengatakan: “Dalam Sunan Abi Daud direkodkan Nabi s.a.w menggalakkan kita berpuasa di bulan yang haram. Rejab adalah satu darinya.”
    Al-Hakim meriwayatkan daripada Nubaisyah: “Seorang lelaki menanyakan Nabi SAW, wahai Rasulullah! Kami memberi persembahan (kepada berhala) di zaman Jahiliyah. Maka apa pula yang harus dilakukan di bulan Rejab ini. Baginda menjawab : “Sembelihlah binatang ternakan kerana Allah di mana-mana bulan sekalipun. Lakukanlah kebaikan kerana Allah dan berilah makanan.”
    Imam al-Baihaqi meriwayatkan daripada Imam Syafie berbunyi : “Telah sampai kepada kami Syafie mengatakan: Sesungguhnya doa itu mustajab pada lima malam; malam Jumaat, malam Aidiladha, malam Aidilfitri, malam pertama bulan Rejab dan malam nisfu Syaaban.”
    Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya:

    * Diampunkan dosanya yang lalu.
    * Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
    * Terlepas dari dahaga di hari kiamat.

     
    Berdasarkan kepada penyelidikan, Rejab mempunyai pengertian dalam kelasnya yang tersendiri. Sumber hukum melalui al-Quran, hadis dan keterangan ulamak salaf memberitahu kita bahawa terdapat hadis sahih, hasan, mursal, marfuk, daif, daif jiddan, wahin (amat lemah) dan palsu berkaitan Rejab.
    Oleh itu, setiap isu dan dalil harus difahami secara menyeluruh lagi mendalam agar kita tidak tersasar daripada landasan yang benar.
    Dalil yang jelas, terang lagi bersuluh sepatutnya diamalkan. Dalil yang lemah boleh dijadikan bahan sokongan dan penambahbaikan dalam sesuatu amalan, sementara dalil palsu ditinggalkan.
    Pada Rejab yang mulia ini, ayuh kita sama-sama meningkatkan ibadat solat, puasa, zikir, tasbih, tahlil, tahmid, qiyam, bersedekah dan kebaikan lain. Semoga amalan pada bulan Rejab ini menjadi pemangkin untuk mereka yang benar-benar dahagakan kebesaran dan keagungan Allah.
    Pencarian hakikat Rejab sebenarnya bermula dan berakhir dengan kesucian hati kita. Sucikan suapan, pakaian dan perbuatan kita. InsyaAllah sinar keagungan Rejab mampu menjadi milik kita secara hakikatnya.

    REJAB bulan menabur benih.
    SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.
    RAMADHAN bulan menuai.

    REJAB menyucikan badannya.
    SYA'ABAN menyucikan hatinya.
    RAMADHAN menyucikan rohnya.

    REJAB bulan taubat.
    SYA'ABAN bulan muhibbah.
    RAMADHAN dilimpahi pahala amalan