Rabu, 8 Jun 2011

Rajab



BULAN RAJAB

Rajab artinya Agung, merujuk pada bulan ke-tujuh dalam kalendar Islam. Selain itu, ada juga yang mengartikan perkataan Rajab (terdiri dari huruf Ra, Ja dan Ba) merupakan singkatan dari Rasulullah, Jibril dan Buroq, merujuk pada sebuah kisah menakjubkan yang dialami Rasulullah di bulan ini. Kisah itu tidak lain adalah Isra Mi’raj yang tepat terjadi pada tanggal 27 Rajab. Yang jelas, bulan Rajab merupakan salah satu daripada empat bulan mulia (Syahrul Hurum), disamping Muharram, Dzul qa’dah dan Dzulhijjah.


Nabi s.a.w. bersabda; "Siapa yang mengunjungi orang sakit, maka dia sentiasa berada dalam
sebuah taman syurga penuh dengan buah-buahan yang daripada dipetik sampai dia kembali." -
Riwayat Tirmidzi"

Kisah menarik tentang bulan Rajab
Dalam kitab Zubdatul Wa’idhin yang dikutip dalam Durratun Nashihin ada sebuah kisah menarik tentang bulan Rajab. Dalam kitab tersebut, diceritakan bahwa ada seorang wanita di Baitul Maqdis yang taat beribadah kepada Allah Swt. Bila bulan Rajab tiba, dia sambut dengan membaca surat Al Ikhlash 10 kali,lalu mengganti pakaian kebesarannya dengan pakaian biasa.
Tiba-tiba pada suatu hari di bulan Rajab, ia jatuh sakit dan berpesan kepada anaknya, jika dirinya meninggal dunia nanti, supaya dimakamkan hanya dengan pakaian (kain kafan) biasa untuk untuk menghormati bulan Rajab ini. Ternyata, wanita tersebut akhirnya meninggal dunia. Sesudah ia meninggal, anaknya merasa malu kepada khalayak umum jika harus memakaikan pakaian (kain kafan) biasa kepada ibunya. Ia pun memakaikan kain kafan yang bagus dan mahal harganya kepada sang ibu. Pada suatu malam ia bermimpi bertemu dengan ibunya. Ibunya berkata kepada anak tersebut: “Hai anakku, kenapa engkau abaikan pesanku? Sungguh aku tidak rela kepadamu”. Alkisah, bangunlah sang anak diliputi rasa terkejut dan takut. Pada pagi harinya ia menggali makam ibunya. Namun ternyata jasad ibunya telah tiada. Maka cemaslah anak tersebut sambil menangis. Di tengah-tengah tangisannya terdengarlah suara yang memanggilnya: “Ketahuilah bahwasanya barangsiapa yang memuliakan bulan-Ku (Rajab), maka Aku tidak akan membiarkan dirinya kesepian di dalam kubur”.
Dalam kitab yang sama, ada juga kisah yang tak kalah menariknya. Dari Tsauban katanya: Adalah kami pernah bersama Rasulullah melewati suatu kuburan, lalu beliau menangis dan berdoa. Ketika ditanyakan hal ini kepada beliau, jawabnya: “Ya Tsauban, mereka yang berada di dalam kubur sedang menderita karena siksaan, lalu aku berdoa dan Allah meringankan siksa mereka”. Kemudian sabdanya: “Ya Tsauban, seandainya mereka berpuasa sehari di bulan Rajab, dan tiada tidur di malam harinya, pasti mereka tidak akan menderita siksa kubur”. Lalu aku pun bertanya: “Ya Rasul, benarkah berbuat demikian dapat meringankan siksa kubur?”. Jawabnya: “Ya Tsauban, demi Allah yang mengutusku menjadi Nabi, tiada seorang muslim pria ataupun wanita puasa sehari di bulan Rajab dan beribadah di malam harinya secara ikhlas karena Allah, kecuali Allah akan mencatatnya seperti ibadah satu tahun, puasa di siang hari dan beribadah/shalat dimalam harinya”.
Subhanallah, kisah-kisah ini sungguh menakjubkan. Semoga kita dapat mengambil mutiara-mutiara hikmahnya.

Keistimewaan Bulan Rejab
Apabila kita meneliti kepelbagaian sumber yang ada di tangan ulama, didapati Rejab ada keistimewaannya tersendiri. Tidak hairanlah inti sari (matan) hadis “Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadan bulan umatku..” disokong oleh ulama muktabar.
Antaranya, Imam Hibbatullah bin Mubarak, yang meriwayatkan keistimewaan Rejab berdasarkan sanadnya yang jelas sebagaimana yang direkodkan oleh Syeikh Abd Qader al-Jaylani dalam al-Ghunyah.
Oleh itu, amat baik jika diperhatikan siapa beliau dan bagaimana kualiti sanad yang diriwayatkannya.
Tambahan pula, matan hadis terbabit tidak bertentangan dengan nas al-Quran. Sebaliknya selari dengan perisytiharan Allah S.W.T pada surah al-Taubah ayat 36 mengenai empat bulan haram yang dimaksudkan: Rejab, Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharam.
Imam al-Qurtubi dalam tafsirnya menyifatkan Nabi s.a.w menegaskan Rejab adalah bulan Allah, iaitu bulan ahlullah. Dikatakan penduduk (mukmin) Tanah Haram itu ahlullah kerana Allah yang memelihara dan memberi kekuatan kepada mereka.
Imam al-Thabrani meriwayatkan daripada Anas bin Malik, apabila tibanya bulan Rejab, Baginda mendoakan: “Ya Allah, berkatilah hidup kami di bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikan (hayat) kami kepada bulan Ramadan.”
Imam al-Thabrani meriwayatkan daripada Abu Hurairah, Nabi s.a.w tidak menyempurnakan puasa sebulan selepas berlalunya Ramadan kecuali pada Rejab dan Syaaban.
Al-Hafiz al-Haitsami dalam Majma’ al-Zawa’id turut meriwayatkan mengenai kelebihan Rejab. Walaupun dengan sanad daif, ia sudah memadai untuk menepati spesifikasi kelebihan beramal dan meningkatkan hemah diri.
Hal ini jelas sebagaimana diakui fuqaha dan ahli hadis menerusi kenyataan Imam al-Nawawi dalam kitab al-Arba’ien.
Lebih kukuh, Imam Muslim meriwayatkan daripada Uthman bin Hakim al-Ansari, beliau (Uthman) pernah menanyakan Said bin Jubayr mengenai puasa Rejab (pada bulan Rejab).
Said menjawab: “Aku mendengar Ibn Abbas mengatakan: “Rasulullah s.a.w berpuasa Rejab sehingga kami menyangka Baginda tidak berbuka (terus-menerus berpuasa) dan Baginda berbuka sehingga tidak nampak berpuasa.” (Sahih Muslim)
Imam al-Nawawi mengatakan: “Apa yang zahir daripada ucapan Sa’id bin Jubayr itu menjadi bukti tiada tegahan untuk berpuasa padanya (Rejab) kerana bulan berkenaan. Bahkan kedudukannya sama mengikut baki bulan Islam yang lain.
Tidak ada larangan untuk melakukan ibadat puasa di bulan Rejab, tidak pula disunatkan kerana bulannya. Tetapi apa yang disunatkan ialah kerana kesunahan puasa terbabit.
Imam Abu Thayyib al-Azhim juga mengatakan: “Dalam Sunan Abi Daud direkodkan Nabi s.a.w menggalakkan kita berpuasa di bulan yang haram. Rejab adalah satu darinya.”
Al-Hakim meriwayatkan daripada Nubaisyah: “Seorang lelaki menanyakan Nabi SAW, wahai Rasulullah! Kami memberi persembahan (kepada berhala) di zaman Jahiliyah. Maka apa pula yang harus dilakukan di bulan Rejab ini. Baginda menjawab : “Sembelihlah binatang ternakan kerana Allah di mana-mana bulan sekalipun. Lakukanlah kebaikan kerana Allah dan berilah makanan.”
Imam al-Baihaqi meriwayatkan daripada Imam Syafie berbunyi : “Telah sampai kepada kami Syafie mengatakan: Sesungguhnya doa itu mustajab pada lima malam; malam Jumaat, malam Aidiladha, malam Aidilfitri, malam pertama bulan Rejab dan malam nisfu Syaaban.”
Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya:

* Diampunkan dosanya yang lalu.
* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat.

 
Berdasarkan kepada penyelidikan, Rejab mempunyai pengertian dalam kelasnya yang tersendiri. Sumber hukum melalui al-Quran, hadis dan keterangan ulamak salaf memberitahu kita bahawa terdapat hadis sahih, hasan, mursal, marfuk, daif, daif jiddan, wahin (amat lemah) dan palsu berkaitan Rejab.
Oleh itu, setiap isu dan dalil harus difahami secara menyeluruh lagi mendalam agar kita tidak tersasar daripada landasan yang benar.
Dalil yang jelas, terang lagi bersuluh sepatutnya diamalkan. Dalil yang lemah boleh dijadikan bahan sokongan dan penambahbaikan dalam sesuatu amalan, sementara dalil palsu ditinggalkan.
Pada Rejab yang mulia ini, ayuh kita sama-sama meningkatkan ibadat solat, puasa, zikir, tasbih, tahlil, tahmid, qiyam, bersedekah dan kebaikan lain. Semoga amalan pada bulan Rejab ini menjadi pemangkin untuk mereka yang benar-benar dahagakan kebesaran dan keagungan Allah.
Pencarian hakikat Rejab sebenarnya bermula dan berakhir dengan kesucian hati kita. Sucikan suapan, pakaian dan perbuatan kita. InsyaAllah sinar keagungan Rejab mampu menjadi milik kita secara hakikatnya.

REJAB bulan menabur benih.
SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.

REJAB menyucikan badannya.
SYA'ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.

REJAB bulan taubat.
SYA'ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan




Tiada ulasan:

Catat Ulasan